Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO

Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO - Hallo sahabat m3et tv DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO
link : Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO

Baca juga


Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, beberapa pakar perubatan telah mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas penyakit kanser dan sihat bagi memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan tersebut dibuat berikutan laporan portal Sarawak Report yang mendakwa beliau melanggar perintah kuarantin di rumah dengan pergi ke Singapura bagi mendapatkan rawatan kanser.

Menurut PMO, portal tersebut perlu bertanggungjawab atas tuduhan dilemparkan dengan mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat yang didakwa dinaiki dan hospital yang dikunjungi Muhyiddin.
“Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan portal itu adalah berniat jahat untuk memburuk-burukkan imej Perdana Menteri.
“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” katanya.
Sebelum ini, Muhyiddin menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas salah seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.
“Semasa menjalani tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.
“Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis,” ujarnya.
Sumber : Muhyiddin Yassin


Demikianlah Artikel Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO

Sekianlah artikel Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO dengan alamat link https://www.meettv.me/2020/06/muhyiddin-bebas-kanser-sihat-bagi.html

0 Response to "Muhyiddin bebas kanser & sihat bagi laksana tugas sebagai PM – PMO"

Posting Komentar