Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP

Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP - Hallo sahabat m3et tv DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP
link : Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP

Baca juga


Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP

Cadangan mengharamkan atau membekukan lesen minuman keras tidak akan menyelesaikan isu pemandu mabuk, kata Anggota Parlimen Padang Serai, M Karupaiya.

Sebaliknya katanya, tindakan itu mungkin akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ketagihan minuman keras beralih kepada alternatif lain yang lebih membahayakan seperti penagihan dadah.

"Kini ramai telah ketagih kepada arak. Sekiranya, kita melarang penjualannya mungkin mereka akan mencari alternatif seperti dadah atau pun arak murah.

"Kemungkinan cadangan tergesa-gesa ini mengakibatkan lebih ramai rakyat Malaysia ketagih kepada dadah sekiranya penjualan arak dilarang secara besar-besaran," kata anggota parlimen PKR itu kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bahawa kementerian itu sedia menimbang agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen penjualan arak.

Langkah itu berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga membawa kepada kematian sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun Zuraida berkata, sebarang keputusan berkaitan undang-undang berhubung penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana membabitkan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

Karupaiya sebaliknya mencadangkan syarat yang ketat dikeluarkan terhadap premis yang menjual minuman keras, selain pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa.

"Sebagai contoh, waktu terhad menjual arak dan pengawasan oleh pihak penguat kuasa yang lebih ketat di kawasan yang mempunyai kelab malam dan pusat hiburan yang banyak.

"Saya percaya membekukan lesen atau melarang penjualan arak tidak akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang.

"Ini lebih bahaya daripada apa yang kita sedang hadapi sekarang. Saya bukannya sokong mereka (pemandu mabuk) tetapi ini adalah realiti semasa," jelasnya.

Bagaimanapun, Karupaiya berkata beliau menyokong sebarang tindakan undang-undang tegas terhadap pemandu mabuk.

"Saya sangat sokong tindakan lebih keras terhadap mereka ini. Mereka perlu dihukum. Tiada kompromi dalam perkara itu," katanya.

Sumber: Malaysiakini


Demikianlah Artikel Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP

Sekianlah artikel Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP dengan alamat link https://www.meettv.me/2020/06/beku-lesen-arak-mungkin-akibatkan-ramai.html

0 Response to "Beku Lesen Arak Mungkin Akibatkan Ramai Ketagih Dadah, Kata MP"

Posting Komentar